VIETNAM - 5 Hari 4 Malam (Muslim Tour)

HARI 01             
Berkumpul di lapangan terbang KLIA untuk penerbangan ke Saigon atau lebih dikenali  dengan nama Bandar Ho Chi Minh. Setibanya di Lapangan terbang Tan Son Nhat, anda akan disambut oleh wakil kami dan seterusnya dibawa ke hotel. Sepanjang perjalanan, penerangan akan diberi mengenai Bandar Ho Chi Minh yang berusia lebih 300 tahun. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 02             
Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Former Presidential Palace. Selepas itu, beli-belah di Ben Thant Market yang mempunyai pelbagai barangan cenderahati. Selepas makan tengahari, lawatan bersambung ke China Town atau lebih dikenali sebagai Big Market. Kemudian ke Tay Son Market, Thien Hau Temple dan kilang lacquer ware Lam Son. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 03             
Selesai sarapan pagi, lawatan Cao Dai Temple di Tay Ninh. Selepas itu ke terowong Chu Chi yang terkemuka semasa perang Vietnam-Amerika yang terletak kira-kira 75 km dari Bandar Ho Chi Minh, dibina sepanjang 210 km di bawah tanah. Terowong ini adalah lambang keberanian orang-orang Vietnam menentang Amerika semasa perang. Di sini, anda berpeluang untuk belajar menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup, dengan bayaran tertentu. Makan tengahari di Tay Ninh. Setelah tu, beli-belah di Ah Dong Wholesalers Market. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 04             
Setelah bersarapan pagi, lawatan hari ini bermula ke My Tho City, bandar daerah Tien Giang di Delta Mekong. Di sana, singgah di Vinh Trang, salah satu pagoda tertua di Mekong. Di sini, anda akan menaiki bot menyeberangi Sungai Mekong dan singgah di sebuah pulau di sini dan berpeluang untuk menikmati buah- buahan tropika tempatan. Kita akan dibawa berjalan sambil melawat perkampunganVietnam flag dan menaiki sampan menerusi terusan-terusan kecil. Makan tengahari di restoran tempatan di pulau ini. Kemudian kembali ke hotel untuk berehat. Makan malam di restoran tempatan.

HARI 05             
Selepas sarapan pagi, acara bebas sehingga masa untuk bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


Hotel:
Hotel Vien Dong @ setaraf

Harga pakej termasuk:
·         Tiket penerbangan pergi/balik kelas ekonomi.
·         Penginapan selama 04 malam.
·         Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.
·         Bayaran masuk ke tempat lawatan sepertimana di dalam aturcara.
·         Makanan HALAL sepertimana di dalam aturcara.
·         Cukai lapangan terbang KLIA/Tan Son Nhat.
·         Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.
·         Tips pemandu pelancong dan pemandu bas.

Harga pakej tidak termasuk:
·         Bil dobi dan telefon untuk urusan persendirian.
·         Makan, minum dan pengangkutan yang tidak tercatat di dalam aturcara.
·         Wang perbelanjaan persendirian

Harga: Hubungi kami untuk harga terbaik!

Search This Blog