GUANGZHOU - 4 Hari 3 Malam (Muslim Tour)


Hari 1 KUALA LUMPUR/GUANGZHOU

Berlepas dari KLIA Sepang. Para peserta dikehendaki hadir 3 jam lebih awal untuk urusan pemeriksaan beg dan pendaftaran penerbangan. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, wakil kami akan membantu dan terus check-in ke hotel.

Hari 2 GUANGZHOU

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke Huanghuagang, melawat Dr Sun Yat-sen Memorial Hall, sebuah peninggalan sejarah yang dibina hasil sumbangan penduduk tempatan Guangzhou dan rakyat China luar negara. Kemudian ke Yuexie Park untuk melawat Five Ram Statue. Selepas makan tengahari, ke Masjid Huaisheng, yang juga dikenali sebagai Masjid Guangta atau Masjid Besar Canton yang dibina pada kurun ke 7 oleh bapa saudara kepada Rasululullah S.A.W. iaitu Sa’ad bin Abi Waqqas. Setelah itu ke Shangxia Jiu Walking Street dan Tianyu Jade Factory Shop. Bermalam di Guangzhou.

Hari 3 GUANGZHOU
Selepas sarapan pagi, melawat Chen’s Clan Academy dan Chen Ancestral Temple yang terletak di Guangzhou Zhongshan Qi Road, siap dibina pada tahun 1894  yang melambangkan senibina tradisional Cina. Kemudian ke Bashu Tang Burning Cream Center. Selepas makan malam, nikmati pelayaran di atas Pearl River. Bermalam di Guangzhou.

Hari 4 GUANGZHOU /KUALA LUMPUR
Selepas sarapan pagi, bebas dengan aturcara sendiri sehingga tiba waktu ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.  


v  Hotel:
Grand Continental Service Apartments / setaraf

v  Harga pakej termasuk:
1.    Tiket penerbangan pergi/balik kelas ekonomi.
2.    Penginapan selama 03 malam (02 orang sebilik).
3.    Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.
4.    Makanan HALAL.
5.    Yuran untuk lawatan.
6.    Yuran visa.
7.    Cukai l/terbang KLIA dan Guangzhou.
8.    Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.
9.    Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas.

v  Harga pakej TIDAK termasuk:
1.    Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.
2.    Makan minum, pengangkutan untuk perjalanan persendirian, berat beg tambahan dan perbelanjaan persendirian.

v  Harga Pakej:  Hubungi kami untuk harga terbaik!

Search This Blog