JAKARTA - PUNCAK - BANDUNG (5 Hari 4 Malam)

Hari 01 – KUALA LUMPUR/JAKARTA
Setibanya di JAKARTA, anda akan disambut wakil kami yang kemudiannya memindahkan anda ke hotel selepas makan malam di restoran makanan halal di situ. Bermalam di JAKARTA.

Hari 02 - JAKARTA/PUNCAK
Selepas sarapan pagi, bertolak untuk JAKARTA CITY TOUR iaitu lawatan ke MONAS BATIK & FASHION OUTLET dan TAMAN MINI iaitu pameran terbesar Indonesia yang menampilkan seni dan kebudayaan dari 27 tempat.  Seterusnya ke PUNCAK, tetapi sebelum itu singgah di SAFARI PARK di mana anda boleh bergambar bersama dengan anak-anak singa, harimau, orang utan dan haiwan liar yang lain. Kemudian berhenti di MASJID BESAR di PUNCAK HIGHLAND dan melawat KOTA SEJUTA BUNGA di CIPANAS. Acara bebas di sebelah petang. Bermalam di PUNCAK.
Hari 03 - PUNCAK/BANDUNG
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Bandung untuk lawatan ke GUNUNG TANGKUBAN PERAHU yang mana terkenal dengan Legenda Sangkuriang dan Dayang Sumbi, CIATER HOT SPRING & SPA, CIHAMPELAS JEANS CENTER dan CIBADUYUT SHOES HOME INDUSTRY. Acara bebas di sebelah petang. Bermalam di BANDUNG.

Hari 04 - BANDUNG/JAKARTA
Selepas sarapan pagi, kembali ke Jakarta. Sebelum itu singgah di CIANJUR SNACK CENTER, yang terkenal dengan keropok, makanan ringan dan buah-buahan jeruk Sunda. Setibanya di JAKARTA melawat ANCOL THEME PARK & DUNIA FANTASI. Kemudian kembali ke hotel untuk makan malam di restoran makanan halal di situ. Acara bebas pada waktu malam. Bermalam di JAKARTA.

Hari 05 - JAKARTA/KUALA LUMPUR
Selepas sarapan pagi, lawatan membeli-belah di MANGGA DUA SHOPPING COMPLEX atau ITC CEMPAKA MAS SHOPPING CENTRE sebelum ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke KUALA LUMPUR. Semoga perjalanan anda mengembirakan!!!


HOTEL:
JAKARTA : Hotel Batavia @ Hotel Orchadz @ setaraf
PUNCAK : Hotel Surya Indah @ setaraf
BANDUNG : Hotel Ahadiat @ Hotel Cemerlang @ setaraf


HARGA *:
·      Dewasa : RM 1, 390.00
·      Kanak² bwh 12 thn : RM 1,180.00
* Harga sah untuk kumpulan peserta 05 orang ke atas sahaja

Pakej termasuk:
1.     Tiket penerbangan pergi balik.
2.     Cukai l/terbang Kuala Lumpur.
3.     Penginapan selama 04 malam (Jakarta 02 mlm, Puncak 01 mlm, Bandung 01 mlm).
4.     Pengangkutan sepertimana di  dalam aturcara.
5.     Makanan HALAL.
6.     Yuran untuk city tour.
7.     Pemandu pelancong berbahasa Inggeris/Melayu.

Pakej tidak termasuk:
1.     Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.
2.     Cukai l/terbang Soekarno-Hatta.
3.     Insurans penerbangan.
4.     Tip pemandu pelancong dan pemandu bas.
5.     Lebihan berat bagasi.
6.     Perbelanjaan persendirian.
7.     Makan minum dan pengangkutan, yang tidak terdapat di dalam aturcara.

Search This Blog