BANDUNG - 4 Hari 3 Malam (Shopping Tour)

Hari 01 – KUALA LUMPUR/BANDUNG(T M)
Setibanya di Lapangan Husein Sastranegara, BANDUNG, anda akan disambut wakil kami dan seterusnya ke hotel. Kemudian ke PASAR BARU SHOPPING CENTER untuk membeli belah. Selepas makan malam di restoran makanan halal di situ. Bermalam di BANDUNG.

Hari 02 – BANDUNG (P T M)
Selepas sarapan pagi, terus dengan lawatan ke GUNUNG TANGKUBAN PERAHU yang mana terkenal dengan Legenda Sangkuriang dan Dayang Sumbi, dan ke CIATER HOT SPRING & SPA. Kemudian lawatan ke CIHAMPELAS JEANS CENTER dan FACTORY OUTLET. Selepas makan malam, kembali ke hotel. Bermalam di BANDUNG.

Hari 03 – BANDUNG (P T M)
Selepas sarapan pagi, program membeli-belah seharian di CIBADUYUT SHOES CENTER, STOCK CENTER FACTORY OUTLET, HERITAGE FACTORY OUTLET, SUMMIT FACTORY OUTLET dan selainnya. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan. Bermalam di BANDUNG.

Hari 04 - BANDUNG/KUALA LUMPUR (P)
Selepas sarapan pagi, ronda-ronda keliling bandar Bandung sebelum ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke KUALA LUMPUR. Semoga perjalanan anda mengembirakan!!!

Hotel:
HOTEL AHADIAT @ HOTEL CEMERLANG @ setaraf

Pakej termasuk:
·         Tiket penerbangan AirAsia – KUL/BDO/KUL.
·         Penginapan selama 03 malam.
·         Pengangkutan sepertimana di  dalam aturcara.
·         Makanan HALAL.
·         Yuran untuk city tour.
·         Pemandu pelancong berbahasa  Inggeris/Melayu.

Pakej tidak termasuk:
·         Cukai lapangan terbang Husein Sastranegara (Rp 150, 000 seorang).
·         Insurans penerbangan.
·         Tip pemandu pelancong dan pemandu bas (RM 8 seorang sehari).
·         Lebihan berat bagasi.
·         Perbelanjaan persendirian.
·         Makan minum dan pengangkutan, yang tidak terdapat di dalam aturcara.
·         Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.

Harga: Hubungi kami untuk harga terbaik!

Search This Blog