TOUR CHINA










BEIJING
5 Hari 4 Malam

HARI 01     KUALA LUMPUR – BEIJING (P)
Setibanya di lapangan antarabangsa Beijing Capital, Beijing, wakil kami akan membantu dan terus check-in ke hotel. Kemudian saksikan persembahan akrobatik yang menakjubkan. Bermalam di Beijing.

HARI 02     BEIJING (P/T/M)
Selepas sarapan di hotel, lawatan diteruskan ke Tiananmen Square, salah satu daripada kawasan lapang terbesar di dunia. Kemudian melawat Forbidden City yang juga dikenali sebagai Imperial Palace dan ke Department of Health Care China untuk melihat perubatan tradisional cina. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, ke Nan Dou Ya Mosque dan Silk Store. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Beijing.

HARI 03     BEIJING (P/T/M)
Selepas sarapan di hotel, lawatan sepenuh hari ke Great Wall of China, iaitu kubu yang berusia lebih 2,000 tahun sejauh 6,700 km. Singgah di Crystal Factory dan Burning Cream Center. Kemudian membeli-belah di Jade and Silk Center dan Wangfujing Street. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Beijing.

HARI 04     BEIJING (P/T/M)
Selepas sarapan di hotel, lawatan hari ini ke Tea House dan Summer Palace dengan pemandangan tasik dan pergunungan yang indah. Selepas makan tengahari, singgah di Madian Mosque seterusnya ke Fresh Water Pearl Center  dan singgah untuk bergambar di Beijing 2008 Olympic National Bird’s Nest Stadium dan diakhiri dengan ke Jewelry City dan Tian Ya Hongqiao Market untuk membeli-belah. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Beijing.

HARI 05     BEIJING – KUALA LUMPUR (P)
Hari terakhir, selepas sarapan pagi di hotel, tidak ketinggalan untuk membeli-belah di Alient’s Street, sebelum ke lapangan terbangan untuk penerbangan pulang.

Pakej termasuk:
1.     Tiket penerbangan kelas ekonomi.
2.     Cukai lapangan terbang Beijing Capital.
3.     Penginapan selama 04 malam.
4.     Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.
5.     Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan malam di restoran tempatan – makanan HALAL.
6.     Yuran untuk city tour.
7.     Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.

Pakej tidak termasuk:
1.     Tip pemandu pelancong dan pemandu bas (RM10 seorang sehari).
2.     Lebihan berat bagasi.
3.     Perbelanjaan persendirian.
4.     Makan minum dan pengangkutan, yang tidak terdapat di dalam aturcara.
5.     Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.

HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!





 http://xiansightseeing.com/wp-content/uploads/2012/08/Xian-Terracotta-Warriors.jpg


XIAN
5 Hari 4 Malam

HARI 01     KUALA LUMPUR - XIAN (M)          
Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Xianyang, Xian, anda akan disambut wakil kami dan seterusnya ke hotel untuk urusan daftar masuk. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Xian.

HARI 02     XIAN (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke tempat terletaknya keajaiban kelapan di dunia iaitu the Terra Cotta Warriors of Emperor Qin Shi Huang yang mana antara penemuan terhebat dalam sejarah arkeologi dunia. Kemudian ke Big Wild Goose Pagoda Square iaitu stuktur bangunan kebanggaan dan merupakan simbol kota lama Xian yang bersejarah. Setelah itu ke Great Tang All Day Mall. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Xian.

HARI 03     XIAN (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke the Ancient City Wall. Ia adalah dinding yang dibina disekitar kota lama Xian sebagai benteng pertahanan yang masih dalam keadaan baik dan ianya yang terbesar di China. Kemudian ke Great Mosque of Xian yang dibina pada era Dinasti Tang sekitar tahun 742 Masihi dan ke bazaar komuniti Muslim yang berdekatan, menyusuri Muslim Street dan Bell & Drum Tower Square. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Xian.

HARI 04     XIAN (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan dimulakan ke Tang Market, kemudian ke Small Wild Goose Pagoda Scenic Area di mana terletak di dalamnya Xian Museum, yang unik dengan koleksi hampir 2,000 buah pagoda yang dibina pada era Dinasti Tang. Setelah itu, lawatan diteruskan ke Daming Palace National Heritage Park, di mana terletaknya tapak istana yang dibina oleh Dinasti Tang yang didiami selama lebih 220 tahun tetapi telah musnah akibat perang pada akhir dinasti tersebut. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Xian.

HARI 05     XIAN – KUALA LUMPUR (P)        
Selepas sarapan pagi, program bebas sebelum ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Pakej termasuk:
1.     Tiket penerbangan kelas ekonomi.
2.     Penginapan selama 04 malam.
3.     Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.
4.     Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan malam di restoran tempatan – makanan HALAL.
5.     Yuran untuk city tour.
6.     Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.

Pakej tidak termasuk:
1.     Cukai lapangan terbang Xianyang.
2.     Tip pemandu pelancong dan pemandu bas (RM10 seorang sehari).
3.     Lebihan berat bagasi.
4.     Perbelanjaan persendirian.
5.     Makan minum dan pengangkutan, yang tidak terdapat di dalam aturcara.
6.     Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.

HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!






GUANGZHOU – SHENZHEN
4 Hari 3 Malam

HARI 01     KUALA LUMPUR – GUANGZHOU – SHENZHEN (T/M)
Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Baiyun, Guangzhou, wakil kami akan menyambut anda yang seterusnya membawa anda ke Shenzhen selepas makan tengahari di restoran tempatan. Dalam perjalanan singgah untuk solat di Shangmeilin Mosque, kemudian membeli-belah di Lohu Commercial City. Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Shenzhen.

HARI 02     SHENZHEN – GUANGZHOU (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, kembali ke Guangzhou, untuk melawat Yuexiu park, Five Rams Statue dan melawat salah seorang daripada sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Maqam Saad Bin Abi Waqas. Kemudian membeli-belah di leather whole sale market dan Beijing Road shopping street. Pada sebelah malamnya pula, akan diadakan lawatan optional (bayaran akan dikenakan) - Night Cruise at Pearl River iaitu menaiki bot menyusuri Pearl River yang sungguh indah di waktu malam. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Guangzhou.

HARI 03     GUANGZHOU (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke Canton Tower iaitu menara pemancar televisyen setinggi 600m untuk singgah bergambar. Kemudian ke Xiguan House, New Lychee Wan River dan membeli-belah di  Shangxiajiu shopping street. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Guangzhou.

HARI 04     GUANGZHOU – KUALA LUMPUR (P/T)
Selepas sarapan pagi di hotel, membeli-belah di Onelink wholesale market dan Haiyin Electronic market. Selepas makan tengahari, ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Pakej termasuk:
1.     Tiket penerbangan kelas ekonomi.
2.     Penginapan selama 04 malam.
3.     Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.
4.     Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan malam di restoran tempatan – makanan HALAL.
5.     Yuran untuk city tour.
6.     Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.

Pakej tidak termasuk:
1.     Cukai lapangan terbang Xianyang.
2.     Lawatan optional
3.     Tip pemandu pelancong dan pemandu bas (RM10 seorang sehari).
4.     Lebihan berat bagasi.
5.     Perbelanjaan persendirian.
6.     Makan minum dan pengangkutan, yang tidak terdapat di dalam aturcara.
7.     Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.

HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!





 http://e020843b2959ca259a7a-e3c4eb1d4dd50b2a3d32d3f2b3986eda.r78.cf1.rackcdn.com/4/1/large.jpg


HONG KONG – SHENZHEN (+ DISNEYLAND)
5 Hari 4 Malam

HARI 01     KUALA LUMPUR – HONG KONG
Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong, anda akan disambut wakil kami dan seterusnya ke hotel untuk urusan daftar masuk. Bermalam di Hong Kong.

HARI 02     HONG KONG – DISNEYLAND (P/T)
Selepas sarapan pagi, lawatan separuh hari sekitar Bandar Hong Kong meliputi Aberdeen village, Avenue of Stars, Victoria Peak (mid level), jewellery shop, chocolate shop dan ginseng shop. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, terus dengan lawatan ke DISNEYLAND. Sebelah malam kembali ke hotel untuk istirehat. Bermalam di Hong Kong.
HARI 03     HONG KONG – SHENZHEN (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan menaiki keretapi ke Shenzhen. Setibanya di Shenzhen, wakil kami akan menyambut anda yang seterusnya membawa anda melawat Chinese herb shop, Splendid China and Folk Cultural Village yang akan diiringi dengan persembahan kebudayaan. Kemudian ke Luohu Commercial City untuk membeli-belah. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Shenzhen.

HARI 04     SHENZHEN (P/T/M)
Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan hari ini akan ke Lotus park, Deng Xiaoping Statue, Bamboo Shop, Silk Shop dan Dongmen Shopping Street. Lawatan optional (bayaran dikenakan) ke taman tema Window of the World yang mengandungi lebih kurang 130 replika tempat-tempat tarikan pelancong yang terkenal seluruh dunia. Makan tengahari & malam di restoran tempatan. Bermalam di Shenzhen.

HARI 05     SHENZHEN – HONG KONG – KUALA LUMPUR (P)
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa ke lapangan terbang antarabangsa Hong Kong  dengan menaiki feri untuk penerbangan pulang.

Pakej termasuk:
1.     Tiket penerbangan kelas ekonomi.
2.     Tiket keretapi Hong Kong-Shenzhen.
3.     Tiket feri Shenzhen-Hong Kong.
4.     Penginapan selama 04 malam.
5.     Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.
6.     Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan malam di restoran tempatan – makanan HALAL.
7.     Yuran untuk city tour.
8.     Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.

Pakej tidak termasuk:
1.     Cukai lapangan terbang Hong Kong.
2.     Cukai feri Shenzhen-Hong Kong (HKD 120).
3.     Lawatan optional
4.     Tip pemandu pelancong dan pemandu bas (RM10 seorang sehari).
5.     Lebihan berat bagasi.
6.     Perbelanjaan persendirian.
7.     Makan minum dan pengangkutan, yang tidak terdapat di dalam aturcara.
8.     Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.

HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!




Search This Blog