UMRAH



Lambaian Ka’abah




KSKI Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan pakej Umrah pada harga yang kompetitif dengan tempat penginapan yang berdekatan dengan Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah mahupun Masjid An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dan servis mutawwif serta pakej makan & minum yang berkualiti.



Hari 01 KUALA LUMPUR/JEDDAH
Berlepas dari KLIA SEPANG. Para jemaah dikehendaki hadir 3 jam lebih awal untuk urusan pemeriksaan beg dan pendaftaran penerbangan.

Hari 02 JEDDAH/MADINAH
Setibanya di JEDDAH, anda akan disambut oleh wakil kami untuk urusan seterusnya ke MADINAH dengan bas. Setibanya di MADINAH, anda akan dibawa terus ke tempat penginapan yang terletak berdekatan dengan MASJID NABAWI. Sebelah petang/malam, jemaah akan dibawa ke MASJID NABAWI untuk menziarahi MAQAM RASULULLAH S.A.W. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan.

Hari 03 MADINAH
Hari ini jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti PERKUBURAN BAQI, MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH dan akhir sekali ke PASAR TAMAR untuk membeli belah. Sebelah malam, ke MASJID NABAWI untuk mengerjakan ziarah WADA’ di MAQAM RASULULLAH S.A.W.

Hari 04 MADINAH
Acara bebas.

Hari 05 MADINAH/MAKKAH
Siap sedia berpakaian ihram, akan akan menaiki bas untuk ke MAKKAH. Miqat dilakukan di BIR ‘ALI, iaitu dalam perjalanan ke MAKKAH. Selepas mendaftar masuk di tempat penginapan dan berehat sebentar, anda akan dibawa ke MASJIDIL HARAM untuk mengerjakan Tawaf dan Sa’ie Umrah. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf dan Sa’ie.

Hari 06 MAKKAH
Acara bebas.

Hari 07 MAKKAH
Ziarah ke tempat-tempat bersejarah di MAKKAH seperti JABAL THUR, ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA, JABAL NUR dan lain-lain sehingga berakhir di JA’ARANAH. Anda boleh berihram dan bermiqat di sini sekiranya berhajat untuk mengerjakan Umrah lagi.

Hari 08 - 10 MAKKAH
Acara bebas.

Hari 11 MAKKAH/JEDDAH/KUALA LUMPUR
Anda diingatkan supaya mengerjakan Tawaf Wada’. Kemudian anda akan dibawa ke JEDDAH untuk penerbangan ke KUALA LUMPUR.

Hari 12 KUALA LUMPUR
Dijangka tiba di KLIA. Insya’Allah.


Pakej termasuk
v  Tiket penerbangan pergi balik  kelas ekonomi
v  Penginapan hotel
v  Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara
v  Makan 3 kali sehari, masakan Melayu & minuman 24 jam.

Tempat penginapan
v  Madinah - Hotel Fayrooz Shatta @ setaraf
v  Makkah - Hotel Al Ghali Royal @ setaraf

Harga Pakej
  •       Cuti Persekolahan Disember 2015 - Dari RM 6,890.00 (Dewasa)
  •       Januari-Februari-Mac-April 2016 - Dari RM 6,190.00 (Dewasa)
  •      Cuti Persekolahan Mei 2016- Dari RM 6,690.00 (Dewasa) 
 *     Harga berdasarkan 4 – 5 orang sebilik
**    Tambahan RM 650.00 seorang dikenakan untuk 2 orang sebilik
***  Tambahan RM 450.00 seorang dikenakan untuk 3 orang sebilik
**** Harga TIDAK termasuk kos pengangkutan domestik (dalam negeri)
***** Jumlah hari pakej tertakluk kepada perubahan jadual penerbangan






Search This Blog