TOUR TIMUR TENGAH









DUBAI – ABU DHABI
5 Hari 4 Malam

Hari 1      Ketibaan – Abu Dhabi
Setibanya di Abu Dhabi, wakil kami akan menyambut anda dan seterusnya ke hotel untuk urusan check-in. Bebas dengan aturcara sendiri. Bermalam di Abu Dhabi.

Hari 2     Abu Dhabi (Full Day City Tour) – Dubai (P/T)
Selepas sarapan pagi, Abu Dhabi city tour. Menziarahi Grand Sheikh Zayed Mosque. Masjid ini terkenal dengan beberapa cirri-ciri uniknya seperti permaidani terbesar buatan Iran sebesar 5,672 meter persegi, seberat 35 tan. Kemudian singgah bergambar di Emirates Palace, hotel kedua termahal pernah dibina, yang menelan belanja USD 3 bilion dan mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan. Setelah itu ke Abu Dhabi Heritage Village untuk berpeluang mengenali budaya orang di sana. Selepas makan tengahari, anda akan dibawa ke Dubai. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Bermalam di Dubai.

Hari 3     Dubai – Half Day City Tour (P,T,M)
Selepas sarapan pagi, city tour bermula dengan menyusuri Jumeirah Beach, menziarahi Jumeirah Mosque dan berhenti bergambar di Burj Al Arab. Seterusnya menyaksikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Kemudian ke Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum's Palace, yang mana anda dapat melihat burung-burung merak berkeliaran di kawasan tamannya. (Tidak boleh mengambil gambar). Setelah itu ke old city centre, untuk melawat Muzium, untuk mengenali kebudayaan dan sejarah pembentukan negara. Selepas makan tengahari anda berpeluang menaiki Abra atau teksi air melalui anak sungai dan kemudian ke the Spice & Gold Souk. Di sini akan menemui lebih 300 peruncit yang memperdagangkan barangan kemas. Jam 7.00 malam, kembali menyusuri anak sungai dan berlayar dengan lagenda eksotik yang mempersonakan - Traditional Dhow Cruise. Makan malam secara buffet. Bermalam di Dubai.

Hari 4     Dubai – Desert Safari (P/M)
Selepas sarapan pagi, bebas secara sendirian. Jam 3.15 petang, anda akan menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke padang pasir, untuk meneroka pemandangan padang pasir Arabia yang menakjubkan. Anda akan merasa pengalaman yang menyeronokkan, turun naik melalui bukit-bukit pasir. Setelah itu singgah di sebuah kem di tengah padang pasir untuk menaiki unta, melakar inai dan juga merasa sheesha asli. Di sini anda akan mendapat gambaran cara kehidupan traditional kaum Bedouin. Nikmati kopi & teh Arab serta kurma. Anda boleh beristirehat di atas permukaan tanah padang pasir yang berpermaidani atau berlegar di sekeliling kem. Waktu malam, nikmati makan malam ala BBQ yang disediakan di depan anda dengan pelbagai jenis makanan. Sambil itu anda dapat menyaksikan tarian gelek diiringi alunan muzik Arab sebelum malam berakhir. Bermalam di Dubai.

Hari 5     Dubai – Abu Dhabi (P)
Selepas sarapan pagi, kembali ke Abu Dhabi untuk ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.



Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pegi-balik kelas ekonomi
  • Penginapan 1 Malam di Abu Dhabi, 3 Malam di Dubai.
  • Harga berdasarkan 2 orang sebilik.
  • Sarapan, makan tengahari & makan malam sepertimana di dalam aturcara.
  • Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin.
  • Cukai & servis caj untuk perkhidmatan yang disediakan.
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.


Pakej TIDAK Termasuk:

  • Tip pemandu pelancong – USD 3.00 seorang/sehari.
  • Insurans
  • Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.
  • Makan minum, pengangkutan untuk perjalanan persendirian, berat beg tambahan dan perbelanjaan persendirian.  

HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!!
 



DUBAI
4 Hari 3 Malam

Hari 1      Ketibaan – Dubai
Setibanya di Dubai, wakil kami akan menyambut anda dan seterusnya ke hotel untuk urusan check-in. Bebas dengan aturcara sendiri. Bermalam di Dubai.

Hari 2     Dubai – Half Day City Tour (P,T,M)
Selepas sarapan pagi, city tour bermula dengan menyusuri Jumeirah Beach, menziarahi Jumeirah Mosque dan berhenti bergambar di Burj Al Arab. Seterusnya menyaksikan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Kemudian ke Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum's Palace, yang mana anda dapat melihat burung-burung merak berkeliaran di kawasan tamannya. (Tidak boleh mengambil gambar). Setelah itu ke old city centre, untuk melawat Muzium, untuk mengenali kebudayaan dan sejarah pembentukan negara. Selepas makan tengahari anda berpeluang menaiki Abra atau teksi air melalui anak sungai dan kemudian ke the Spice & Gold Souk. Di sini akan menemui lebih 300 peruncit yang memperdagangkan barangan kemas. Jam 7.00 malam, kembali menyusuri anak sungai dan berlayar dengan lagenda eksotik yang mempersonakan - Traditional Dhow Cruise. Makan malam secara buffet. Bermalam di Dubai.

Hari 3     Dubai – Desert Safari (P/M)
Selepas sarapan pagi, bebas secara sendirian. Jam 3.15 petang, anda akan menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke padang pasir, untuk meneroka pemandangan padang pasir Arabia yang menakjubkan. Anda akan merasa pengalaman yang menyeronokkan, turun naik melalui bukit-bukit pasir. Setelah itu singgah di sebuah kem di tengah padang pasir untuk menaiki unta, melakar inai dan juga merasa sheesha asli. Di sini anda akan mendapat gambaran cara kehidupan traditional kaum Bedouin. Nikmati kopi & teh Arab serta kurma. Anda boleh beristirehat di atas permukaan tanah padang pasir yang berpermaidani atau berlegar di sekeliling kem. Waktu malam, nikmati makan malam ala BBQ yang disediakan di depan anda dengan pelbagai jenis makanan. Sambil itu anda dapat menyaksikan tarian gelek diiringi alunan muzik Arab sebelum malam berakhir. Bermalam di Dubai.

Hari 4     Dubai – Pelepasan (P)
Selepas sarapan pagi, ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.


Pakej Termasuk:

  • Tiket penerbangan pegi-balik kelas ekonomi
  • Penginapan 3 Malam di Dubai.
  • Harga berdasarkan 2 orang sebilik.
  • Sarapan, makan tengahari & makan malam sepertimana di dalam aturcara.
  • Pengangkutan dengan kenderaan berhawa dingin.
  • Cukai & servis caj untuk perkhidmatan yang disediakan.
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.


Pakej TIDAK Termasuk:
  • Tip pemandu pelancong – USD 3.00 seorang/sehari.
  • Insurans
  • Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.
  • Makan minum, pengangkutan untuk perjalanan persendirian, berat beg tambahan dan perbelanjaan persendirian. 

 HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!!











ZIARAH TURKI 
8 Hari 7 Malam




HARI 01 KUALA LUMPUR – ISTANBUL – CANAKKALE (T/M)

Setibanya di Istanbul, anda akan disambut wakil kami yang seterusnya membawa anda melawat Roman Hippodrome di mana pernah dijadikan tempat perlumbaan kereta kuda serta upacara keramaian dahulunya diadakan. Setelah itu ke Blue Mosque atau Sultan Ahmet Mosque. Kemudian melawat Topkapi Palace – tempat duduknya Ottoman Empire, selepas ibunegara bertukar dari Bursa ke Istanbul. Kini ia merupakan sebuah muzium yang dipenuhi dengan koleksi yang luas barangan porselin, barangan antik, harta peninggalan, artifak keagamaan dan sebagainya. Kemudian, ke Gallipoli, kawasan bersejarah yang menjadi saksi kepada Perang Dunia Kedua. Setelah itu, kita akan merentasi terusan Dardanelles dan menyeberang ke sebelah Asia. Makan malam dan bermalam di Canakkale. 



HARI 02 CANAKKALE – KUSADASI (P/T/M)

Selepas sarapan pagi, lawatan diteruskan ke Troy. Dirujuk sebagai "Iliad and Odyssey" oleh ahli falsafah terkenal Greek, Homer. Ia terdiri daripada 9 bandar – Troy I hingga Troy IX yang dibina di atas satu sama lain setelah kemusnahan kota yang sebelumnya. Semasa zaman Troy VI, terkandung sejarah terkenal - Trojan War of Homer yang di dalamnya terdapat hero lagenda seperti Agamemnon, Achilles, Ulysses dan Nestor di sebelah Greek dan Priam, Hector dan Paris di sebelah Trojan. Setelah itu bertolak ke Kusadasi. Dalam perjalanaan singgah di Pergamon untuk melihat Asklepion iaitu kuil penyembuhan di zaman Greek sepertimana yang terdapat di Epidaurus dan Kos di Greece. Perjalanan diteruskan ke Kusadasi. Makan malam dan bermalam di Kusadasi.



HARI 03 KUSADASI – PAMUKKALE (P/T/M)

Selepas sarapan pagi, lawatan akan ke Seljuk untuk ke kota lama Ephesus di samping dapat memerhatikan salah satu daripada Seven Churches of Revelation, Temple of Artemis dan Basilica of St. John dari jauh. Selepas makan tengahari, lawatan ke pusat pembuatan barangan kulit tempatan di mana selepas menyaksikan pertunjukan fesyen secara langsung, anda akan diberi masa untuk membeli-belah. Setelah itu, perjalanan diteruskan ke Pamukkale untuk melihat kota lama Hierapolis di mana terletaknya Calcareous Hot Springs yang menuruni tebing yang secara semulajadinya membentuk teres-teres besen berwarna putih. Makan malam dan bermalam di Pamukkale.



HARI 04 PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA (P/T/M)

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Konya. Ia merupakan pusat Seljuk Empire. Di sana, melawat Mevlana Museum di mana terletaknya makam ahli sufi Jalal Ad-Din Muhammad Rumi. Setelah itu, ke Cappadocia, yang dianggap sebagai salah satu keajaiban semulajadi dunia dengan pemukaan geologinya yang menakjubkan. Melawat Oresin Caravanserai iaitu rumah tumpangan kurun ke 13 yang digunakan pedagang yang melalui Laluan Sutera. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.



HARI 05 CAPPADOCIA (P/T/M)

Selepas sarapan pagi, lawatan ke kota bawah tanah yang digunakan penganut Christian terawal untuk lari daripada penindasan umat. Kemudian singgah bergambar di Valley of the Birds dan di kaki Uchisar Castle. Kemudian ke gereja lama yang diukir daripada batu batan hasil debu gunung berapi. Kemudian singgah di Avanos Village yang terkenal dengan hasil buatan tembikar dan permaidani. Setelah itu ke  Dervent Valley dan Pasabag Valley yang mempunyai formasi hasil gunung berapi yang unik. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.



HARI 06 CAPPADOCIA – ANKARA – BOLU (P/T/M)

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Ankara, ibunegara Turki. Dalam perjalanan singgah di Salt Lake. Selepas makan tengahari, melawat Ataturk Mausoleum, tempat persemadian Mustafa Kemal Ataturk yang mana rekabentuknya adalah hasil campuran pelbagai budaya Anatolia. Setelah itu perjalanan diteruskan ke Bolu. Makan malam dan bermalam di Bolu.



HARI 07 BOLU – ISTANBUL (P/T/M)

Selepas sarapan pagi, kembali ke Istanbul. Singgah bergambar di Sapanca Lake. Setibanya di Istanbul, lawatan ke Grand Bazaar yang mana merupakan salah satu bazar tertutup terbesar di dunia dengan lebih 58 lorong dan 4,000 kedai serta antara 250,000 ke 400,000 pengunjung sehari. Makan malam dan bermalam di Istanbul.



HARI 08 ISTANBUL – KUALA LUMPUR (P)

Selepas sarapan pagi, bebas dengan acara sendirian sehingga masa untuk ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.





Hotel:

1 Malam - CANAKKALE        – IRIS HOTEL atau setaraf

1 Malam - KUSADASI          – TATLISES HOTEL atau setaraf

1 Malam - PAMUKKALE        – TRIPOLIS HOTEL atau setaraf

2 Malam - CAPPADOCIA      – AVRASYA HOTEL atau setaraf

1 Malam - BOLU                – KORU HOTEL  atau setaraf

1 Malam - ISTANBUL          – GRAND ANKA HOTEL atau setaraf



Harga pakej termasuk:

1.   Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi.

2.   Cukai lapangan terbang KLIA dan Istanbul Ataturk.

3.   Penginapan selama 07 malam (02 orang sebilik).

4.   Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara.

5.   Makanan HALAL.

6.   Yuran untuk lawatan.

7.   Pemandu pelancong berbahasa Inggeris.



Harga pakej tidak termasuk:

1.   Kos penerbangan/pengangkutan dalam negeri.

2.   Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas.

3.   Dobi dan bil telefon untuk kegunaan sendiri.

4.   Makan minum, pengangkutan untuk perjalanan persendirian, berat beg tambahan dan perbelanjaan persendirian.




 HUBUNGI KAMI UNTUK HARGA TERBAIK!!!


Search This Blog