Lambaian Ka’abah
KSKI Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan pakej Umrah pada harga yang kompetitif dengan tempat penginapan yang berdekatan dengan Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah mahupun Masjid An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dan servis mutawwif serta pakej makan & minum yang berkualiti.
Hari 01 KUALA LUMPUR/JEDDAH
Berlepas
dari KLIA SEPANG. Para jemaah dikehendaki hadir 3 jam lebih awal untuk
urusan pemeriksaan beg dan pendaftaran penerbangan.
Hari 02 JEDDAH/MADINAH
Setibanya
di JEDDAH, anda akan disambut oleh wakil kami untuk urusan seterusnya
ke MADINAH dengan bas. Setibanya di MADINAH, anda akan dibawa terus ke
tempat penginapan yang terletak berdekatan dengan MASJID NABAWI. Sebelah
petang/malam, jemaah akan dibawa ke MASJID NABAWI untuk menziarahi
MAQAM RASULULLAH S.A.W. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan.
Hari 03 MADINAH
Hari
ini jemaah akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti
PERKUBURAN BAQI, MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID
TUJUH dan akhir sekali ke PASAR TAMAR untuk membeli belah. Sebelah
malam, ke MASJID NABAWI untuk mengerjakan ziarah WADA’ di MAQAM
RASULULLAH S.A.W.
Hari 04 MADINAH
Acara bebas.
Hari 05 MADINAH/MAKKAH
Siap
sedia berpakaian ihram, akan akan menaiki bas untuk ke MAKKAH. Miqat
dilakukan di BIR ‘ALI, iaitu dalam perjalanan ke MAKKAH. Selepas
mendaftar masuk di tempat penginapan dan berehat sebentar, anda akan
dibawa ke MASJIDIL HARAM untuk mengerjakan Tawaf dan Sa’ie Umrah.
Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara
mengerjakan Tawaf dan Sa’ie.
Hari 06 MAKKAH
Acara bebas.
Hari 07 MAKKAH
Ziarah
ke tempat-tempat bersejarah di MAKKAH seperti JABAL THUR, ARAFAH, JABAL
RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA, JABAL NUR dan lain-lain sehingga berakhir di
JA’ARANAH. Anda boleh berihram dan bermiqat di sini sekiranya berhajat
untuk mengerjakan Umrah lagi.
Hari 08 - 10 MAKKAH
Acara bebas.
Hari 11 MAKKAH/JEDDAH/KUALA LUMPUR
Anda diingatkan supaya mengerjakan Tawaf Wada’. Kemudian anda akan dibawa ke JEDDAH untuk penerbangan ke KUALA LUMPUR.
Dijangka tiba di KLIA. Insya’Allah.
Pakej termasuk
v Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi
v Penginapan hotel
v Pengangkutan sepertimana di dalam aturcara
v Makan 3 kali sehari, masakan Melayu & minuman 24 jam.
Tempat penginapan
v Madinah - Hotel Fayrooz Shatta @ setaraf
v Makkah - Hotel Al Ghali Royal @ setaraf
Harga Pakej
- Cuti Persekolahan Disember 2015 - Dari RM 6,890.00 (Dewasa)
- Januari-Februari-Mac-April 2016 - Dari RM 6,190.00 (Dewasa)
- Cuti Persekolahan Mei 2016- Dari RM 6,690.00 (Dewasa)
* Harga berdasarkan 4 – 5 orang sebilik
** Tambahan RM 650.00 seorang dikenakan untuk 2 orang sebilik
*** Tambahan RM 450.00 seorang dikenakan untuk 3 orang sebilik